KUALA LUMPUR: Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor serta gagal memberikan kata laluan di laman Facebook miliknya.
Hakim N. Priscilla Hemamalini turut memerintahkan Mohamad Azlan Ibrahim, 47, selaku Orang Kena Saman (OKS) menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini atau dipenjara tiga bulan jika OKS gagal membayar denda.
Mohamad Azlan, yang memakai jaket dan kopiah hitam dilihat membaca al-Quran semasa berada di galeri awam sebelum prosiding bermula.
Bagi pertuduhan pertama, Mohamad Azlan didakwa membuat hantaran komunikasi jelik terhadap sultan dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain di Facebooknya, menggunakan laman profil "Iman Mustaqim" pada 28 Ogos lepas dan pautan itu kemudian dilihat di Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman di sini pada 11.37 pagi, 29 Ogos.
Dia dituduh mengikut Seksyen 233 (1) (a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233 (3) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara hingga setahun atau kedua-duanya, dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas sabitan.
Mohamad Azlan juga didakwa gagal memberi kata laluan laman profil aplikasi Facebook "Iman Mustaqim" yang diminta oleh seorang pegawai polis di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini pada 11.25 pagi, 31 Ogos lepas.
Pertuduhan mengikut Seksyen 249 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 242 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum dua tahun atau kedua-duanya.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Abdul Malik Ayob memohon hukuman pemenjaraan serta denda berat, mengambil kira kesalahan serius OKS yang menimbulkan kemarahan masyarakat serta mengganggu keharmonian negara.
"Tindakan OKS membuat hantaran jelik menghina Sultan Selangor telah mengundang kemarahan rakyat Malaysia dan kegagalan memberikan kata laluan Facebooknya seperti yang diminta oleh pegawai polis menunjukkan dia tidak mahu memberikan kerjasama terhadap pihak berkuasa.
"Dalam kes ini, sultan adalah simbol perpaduan negara dan tindakan OKS memperlekehkan kedaulatan raja-raja Melayu boleh menjejaskan kestabilan, keharmonian dan keselamatan negara," katanya yang turut mengendalikan kes bersama TPR Nor Azizah Aling.
Mohamad Azlan yang tidak diwakili peguam memohon hukuman ringan atas alasan dia tidak bekerja dan menjaga ibu yang sakit di kampung serta perlu membawa bapa saudaranya yang buta ke hospital untuk mengambil ubat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 06 2023
Mohamad Azlan (kanan) dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor. - Foto Bernama
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 16 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Persekutuan ganti hukuman mati pendandan rambut lelaki dengan penjara 40 tahun
Dalam penghakimannya, Tengku Maimun berkata hukuman mati Teh diketepikan dan diganti dengan hukuman penjara yang bermula dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 15 Sept 2008.
Kerajaan negeri cadang skim khas untuk kakitangan awam kesihatan Johor Selatan
Kerajaan Johor mencadangkan kewujudan skim khas atau insentif khas kepada kakitangan awam kesihatan yang bertugas di Johor Selatan bagi mengisi kekosongan penjawatan sektor berkenaan.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Seorang lelaki selamat, seorang lagi hilang dalam tragedi memancing di Tasik Pedu
Mangsa dipercayai melakukan aktiviti memancing bersama rakannya sebelum terjatuh ke dalam tasik.
Tiket Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 laris
Bahang kehangatan penganjuran Kejohanan Badminton Masters Malaysia 2024 di Axiata Arena Bukit Jalil dari 21 hingga 26 Mei ini kian dirasai selepas tiket kejohanan itu laris terjual.
Pengurus syarikat rugi lebih RM400,000 terpedaya pelaburan tidak wujud
Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM401,075 akibat menjadi mangsa sindiket penipuan pelaburan tidak wujud secara dalam talian.
Pasaran getah Malaysia ditutup tinggi, seiring niaga hadapan getah serantau
Pada 5 petang, harga rujukan getah fizikal LGM bagi GMM 20 berada pada 781 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 729.5 sen sekilogram.
Hoki Dalam Dewan Piala Asia: Malaysia raih tempat ketiga
Kemenangan tersebut mengulangi pencapaian dilakar pada edisi 2010, 2012 dan 2022.
Lelaki peras ugut selepas sengaja sebabkan kemalangan dipenjara 11 bulan
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara ke atas seorang penganggur yang sengaja menyebabkan kemalangan sebelum memeras ugut bagi dapatkan ganti rugi.
Penganggur cium pipi anak jiran, dipenjara empat tahun, satu sebatan
Tindakan seorang penganggur mencium pipi kanak-kanak perempuan lapan tahun bagi tujuan seksual, mengundang padah.
Padah acu pisau, ceroboh rumah warga emas
Seorang lelaki dipenjara 10 bulan selepas mengaku salah mengacu pisau dan menceroboh masuk rumah seorang warga emas.
Penganggur dipenjara dan didenda buat komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor
Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM10,000 selepas mengaku bersalah membuat dan menghantar komunikasi jelik terhadap Sultan Selangor.
Penganggur tumbuk, hempas bapa dipenjara lapan bulan
Tindakan seorang penganggur menumbuk dan menghempas bapanya ke tanah, akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan.
Suami hantuk kening isteri dipenjara tiga bulan
Tindakan seorang suami menghantukkan kepalanya ke kening isteri hingga mangsa menerima tujuh jahitan, mengundang balasan apabila dia dipenjara tiga bulan.
Ragut beg tangan wanita, penganggur dipenjara 30 bulan
Kesalahan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah hotel di Jalan Sarikei Setapak, Kuala Lumpur, pada 3.40 pagi, 28 Nov lepas.
Penganggur dihukum penjara 11 tahun, bersalah cabul kanak-kanak dan milik senjata
Hakim menjatuhkan hukuman itu terhadap Edry Shah Rimiey Ghani selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan.
Rogol isteri kawan sendiri, penganggur dipenjara 15 tahun, tiga sebatan
Lebih kejam dan malang ialah mangsa sedang hamil tujuh bulan sementara suaminya sedang jalani hukuman di penjara.
Masuk jel gara-gara guna wang palsu RM100
Perbuatan seorang penganggur menggunakan wang palsu RM100 ketika membeli barangan di sebuah pasar raya membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 30 bulan.